In:
Biotropica, Wiley, Vol. 53, No. 1 ( 2021-01), p. 255-265
Abstract:
Buah ara dianggap sebagai sumber tanaman utama yang menyokong pelbagai komuniti frugivore vertebrata tropika. Penanaman atau pemeliharaan pokok ara besar, seperti ara pencekik telah dicadangkan untuk meningkatkan biodiversiti kawasan bandar. Kami membandingkan struktur kepelbagaian dan komuniti kumpulan burung di pokok ara yang berbuah dan tidak berbuah di kawasan bandar Singapura. Jumlah bilangan burung yang terdapat pada pokok ara yang berbuah adalah 4.5 kali ganda lebih banyak daripada pokok bukan ara, manakala bilangan burung adalah 3.5 kali ganda lebih banyak pada pokok ara yang tidak berbuah tetapi hanya menarik perhatian dua spesies burung sahaja. Di setiap pokok, setelah mengambil kira keberadaan mistletoe, ketinggian pokok, kawasan yang diliputi bangunan, kepadatan lorong jalan dan jaraknya dengan tumbuhan semula jadi, tiada perbezaan dalam purata diversiti antara pokok bukan ara dan pokok ara apabila tidak berbuah. Selain itu, apabila pokok ara berbuah, secara purata, setiap pokok mempunyai lebih 1.4 spesies, 3 burung bukan asli, dan 1.6 burung insectivorous berbanding pokok yang tidak berbuah. Terdapat ‘perubahan komposisi’ yang signifikan antara pokok bukan ara dan pokok ara yang tidak berbuah, manakala penyebaran komuniti adalah lebih rendah antara pokok ara yang berbuah. Data kami menunjukkan pokok ara berbuah dan tidak berbuah memberikan sumber kepada burung di kawasan bandar tetapi tidak semestinya menyokong kepelbagaian kumpulan burung berbanding pokok bukan ara. Sebaliknya, pokok ara berbuah di bandar akan menarik perhatian komuniti burung yang sama dan didominasi oleh beberapa spesies.
Type of Medium:
Online Resource
ISSN:
0006-3606
,
1744-7429
Language:
English
Publisher:
Wiley
Publication Date:
2021
detail.hit.zdb_id:
2052061-X
SSG:
12
Permalink