In:
Biotropica, Wiley, Vol. 46, No. 6 ( 2014-11), p. 720-731
Kurzfassung:
Pemeliharaan biodiversiti dalam hutan pengusahasilan amat penting dalam mitigasi kehilangan biodiversiti di kawasan tropika. Impak utama daripada aktiviti pembalakkan biasanya berpunca daripada pembersihan kawasan berskala kecil untuk pembinaan jalan penarik, jalan tuju, matau dan kongsi (penempatan sementara). Namun, impak pembersihan kawasan ini ke atas biodiversiti jarang dikaji.Tujuan utama kajian ini ialah untuk menilai impak kawasan yang dibersihkan ini ke atas kumbang tinja, iaitu kumpulan fauna yang bergantung kepada habitat hutan, serta mengenalpasti faktor‐faktor persekitaran yang menyebabkan perubahan ini. Kelimpahan dan kekayaan spesis kumbang tinja didapati berkurangan dengan ketara di kawasan yang dibersihkan tetapi meningkat dengan peningkatan jarak daripada jalan/denai di dalam kawasan hutan. Kelimpahan dan kepelbagain spesis kumbang tinja 10 m daripada jalan/denai adalah serupa dengan kelimpahan dan kepelbagaian spesis yang berada jauh di dalam kawasan hutan. Komposisi spesis di antara kawasan hutan dan kawasan yang telah dibersihkan (kecuali jalan tarik) adalah berbeza tetapi mulai menjadi serupa tidak jauh daripada jalan/denai. Pembukaan silara merupakan faktor persekitaran paling penting yang mempengaruhi kelimpahan, kepelbagaian dan komposisi spesis kumbang tinja di mana kebanyakkan spesis kumbang tinja tertumpu di kawasan dengan pembukaan silara kurang daripada 10 peratus. Kawasan yang telah dibersihkan merekodkan pembukaan silara sebanyak 16 hingga 53 peratus. Kajian ini menunjukkan aktiviti pembersihan kawasan walaupun pada skala kecil akan meningkatkan pembukaan silara lalu memberi impak kepada komuniti kumbang tinja. Walaupun jarak impak daripada kawasan yang dibersihkan adalah kecil, namun ia akan melibatkan kawasan yang luas sekiranya jaringan jalan di sesuatu hutan pengusahasilan adalah padat. Maka pembinaan jalan perlu diminimumkan dan pemuliharaan pembukaan silara adalah mustahak bagi tujuan pemeliharaan bidoversiti di hutan pengusahasilan.
Materialart:
Online-Ressource
ISSN:
0006-3606
,
1744-7429
DOI:
10.1111/btp.2014.46.issue-6
Sprache:
Englisch
Verlag:
Wiley
Publikationsdatum:
2014
ZDB Id:
2052061-X
SSG:
12
Permalink